Ku tulis segalanya tentang kisah hidup ini.Biar ia menjadi perkongsian antara kita di alam maya.
Friday, 18 October 2013
Sesekali.. dalam hidup.
Ada kala saya akan teringat kembali zaman hidup kita yang dulu, siapa saya yang dulu. Hidup yang bermula dari suasana yang serba serbi tak sempurna, yang serba kekurangan. Namun di sebabkan oleh faktor inilah saya menjadi lebih kuat untuk meneruskan kehidupan di masa akan datang.
Saya terbaca salah sebuah Blog kawan saya, yang mencoretkan tentang hidupnya sewaktu kecil, saya tersenyum. senyum kerana dia seperti saya, melalui keperitan yang sukar di gambarkan. Dengan bilangan adik beradik yang ramai, mak dan bapa hanya mampu memyediahkan apa yang termampu.Sekadar dan ala kadar. Bila baca bab kawan saya tulis.. dia "cemburu lihat saudara mara yang lain pakai baju baru.."Mata saya rasa panas, hati rasa sayu..tiada kata yang dapat mengambarkan rasa itu.Tapi inilah sumber kekuatan saya pada hari ini.
Dear my friends 'VN' kita sama walau tak serupa, apa yang awak tulis, saya pun laluinya dulu. Jadi senyumlah hari ini kerana anak2 kita tak lalui apa yang kita lalui di masa lalu. Dont stress mommy... heee...
'VN' teruskan menulis, kalau baca post saya nie.. jangan sedih jangan nangis.. sebab saya dah menangis dulu baca post kat blog awak.. heheheehe... May Allah Bless ..
Friday, 27 September 2013
#Bila Hati Sedang Rindu#
Tak mampu meluah apa yang dirasa,bukan tak mengerti cuma bimbang tiap kata akan melukan hati.
Lantas aku biarkan segalanya berlalu sepi. Mungkin ini bukan masa nya untuk kita bertemu, aku perlu ruang untuk kita saling mengenali.Andai tiba saat untuk kita bertemu saat itu jangan beri alasan untuk menjauh diri.
Thursday, 26 September 2013
Kisah aku dan dia.
Ini kisah pertemuan antara aku dan dia. Walau tak pernah berjumpa ..
Namun di hati ada rindu yang memekar..ada kasih yang berbunga.
Dia disana dan aku disini ,aku tak tahu dia bagaimana.Tak pernah bersua, tak pernah bicara. Hanya puisi yang menghubung.. yang melafas kata cinta. Aku akur, andai suatu saat dia mula melupakan aku,andai suatu saat tiada lagi puisi indah untukku. Aku ingin ia kekal ..menjadi Maharaja di hatiku. Dan aku akan terus menjadi perindu.yang merindui dirinya nun jauh di sana.
Thursday, 12 September 2013
Minum Nescafe lagi...
Tak boleh buang sikap aku yang satu ni, tak boleh tak ada nescafe.Orang cakap tak baik bila minum nescafe sebab banyak kafein. Tapi aku??? oh jangan la minta aku buang tabiat ini sebab jawapannya adalah Tiiidakkkk!!.
Nescafe buat aku segar selalu,peneman bila nak menulis.Tak mengantuk sentiasa segar..errrmm enakkk
terutamanya bila hari hujan.
Wednesday, 11 September 2013
Bila dah bosan..
Layan lagu pula... sesambil minum nescafe... ooohhmmmaaiii...
Sebegini hatiku rasa
Mengapa harus begini
Kau disana aku disini
Ku tak bisa lihat semua
Cara cinta ini
Maka katakan padaku
Apakah kita harus bersama
Tuk meneruskan perjalanan
Asmara engkau dan aku
Bagai sudah tidak jalan pemisah
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus
Asmara engkau dan aku
Dibuai gelora dan tak menentu
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus
Arus ini, arus ini
Tuesday, 16 July 2013
Tarikh 17 July ...
Bila tiba tarikh ini..
Hatiku resah sendiri..
Betapa aku menyedari ..
Terlalu banyak masa yang telah aku lalui
Dalam hidup ..
Berapa banyak kebaikan yang telah aku buat..
Berapa banyak pula kejahatan yang aku lakukan
dalam sedar ataupun kealpaan
Andai aku adalah seorang pendosa
aku berdoa agar segala kilafku di ampunkan
Maafkan salah laku ku, andai aku pernah menyakiti
Aku bermohon untuk setiap nafas yang ku hembus seterusnya
Jagalah hati dan hidupku Ya Allah
Jangan biar aku terus tersasar dari landasan perjalanan
menuju Mu..
Sedarkan aku dari terus terlena..
Bersihkan aku dari debu-debu dosa..
Pimpinlah tangan ku ...
Jangan biar aku terus tenggelam dalam dunia ku sendiri..
Berikanlah aku kekuatan untuk terus bertatih di jalan yang Engkau redahi Ya Allah..
Subscribe to:
Comments (Atom)

__THISRES__87075.jpg)
.jpg)
.gif)

