Friday, 18 October 2013

Sesekali.. dalam hidup.




Ada kala saya akan teringat kembali zaman hidup kita yang dulu, siapa saya yang dulu. Hidup yang bermula dari suasana yang  serba serbi tak sempurna, yang serba kekurangan. Namun di sebabkan oleh faktor inilah saya menjadi lebih kuat untuk meneruskan kehidupan di masa akan datang.

Saya  terbaca salah sebuah Blog kawan saya, yang mencoretkan tentang hidupnya sewaktu kecil, saya tersenyum. senyum kerana dia seperti saya, melalui keperitan yang sukar di gambarkan. Dengan bilangan adik beradik yang ramai, mak dan bapa hanya mampu memyediahkan apa yang termampu.Sekadar dan  ala kadar. Bila baca bab kawan saya tulis.. dia "cemburu lihat saudara mara yang lain pakai baju baru.."Mata saya rasa panas, hati rasa sayu..tiada kata yang dapat mengambarkan rasa itu.Tapi inilah sumber kekuatan saya pada hari ini.


Dear my friends 'VN' kita sama walau tak serupa, apa yang awak tulis, saya pun laluinya dulu. Jadi senyumlah hari ini kerana anak2 kita tak lalui apa yang kita lalui di masa lalu. Dont stress mommy... heee...
'VN' teruskan menulis, kalau baca post saya nie.. jangan sedih jangan nangis.. sebab saya dah menangis dulu baca post kat blog awak.. heheheehe... May Allah Bless ..